Wednesday 8 May 2013

Pengertian Mikro Pengajaran


Micro teaching adalah suatu tindakan atau kegiatan latihan belajar-mengajar dalam situasi laboratoris (Sardirman, Interaksi Motivasi Belajar Mengajar).

Ciri-ciri Umum Micro Teaching :
1. Jumlah subjek belajar sedikit sekitar 5-10 orang
2. Waktu mengajar terbatas sekitar 10 minit
3. Komponen mengajar yang dikembangkan terbatas
4. Sekadar real teaching

Maksud "Micro Teaching
Meningkatkan performance yang menyangkut keterampilan dalam mengajar atau latihan mengelola interaksi belajar mengajar.

Micro teaching :
1. Dilaksanakan dalam kelas makmal.
2. Sekadar real teaching
3. Pelajar 5/10 orang
4. Waktu sekitar 10 minit
5. Bahan terbatas
6. Ketrampilan yang dilatihkan meliputi semua teaching skill dalam porsi yang terbatas dan terpisah-pisah.
7. Memerlukan alat-alat dalam kelas agar dapat diperoleh suatu feedback yang objektif.

Teaching :
1. Dilaksanakan dalam real class room
2. Merupakan real class room teaching
3. Pelajar 30/40 orang
4. Waktu sekitar 45 menit
5. Bahan luas
6. Ketrampilan yang di demonstrasikan semua teaching skill dan terintegrasi
7. Tidak dilengkapi dengan alat-alatan dalam kelas.

Micro bererti kecil, terbatas, sempit. Teaching bererti mendidik atau mengajar. Micro Teaching bererti suatu kegiatan mengajar dimana segalanya diperkecil atau disederhanakan. Apa yang dikecilkan atau disederhanakan, iaitu :
* Jumlah pelajar 5-6 orang
* Waktu mengajar 5 – 10 minit
* Bahan pelajaran hanya mencakup satu atau dua hal yang sederhana
* Ketrampilan mengajar difokuskan beberapa ketrampilan khusus saja.

Unsur micro merupakan ciri utamanya dan berusaha untuk menyederhanakan secara sistematik keseluruhan proses mengajar yang ada. Usaha simplikasi ini didasarkan oleh pernyataan bahawa : “sebelum kita dapat mengerti, dapat belajar dan dapat melaksanakan kegiatan mengajar yang komplek, kita harus menguasai dulu komponen-komponen dari keseluruhan kegiatan yang ada.” Maka dengan memperkecil murid, menyingkat waktu, mempersempit saran-saran serta membatasi ketrampilan, perhatian dapat sepenuhnya diarahkan pada pembinaan penyempurnaan ketrampilan khusus yang sedang dipelajari

Micro Teaching dapat digunakan dalam :
ü Pendidikan pre service, iaitu bagi calon guru:
1. Sebagai persiapan calon guru sebelum benar-benar mengajar di depan kelas.
2. Sebagai usaha perbaikan penampilan calon guru.
ü Pendidikan in service, yaitu bagi guru.
1. Untuk meningkatkan kemampuan guru mengajar rutin, supaya menemukan dan mengetahui kelemahan-kelemahannya sendiri dan berusaha memperbaikinya.
2. Untuk meningaktkan kemampuan penyelia supaya ia tahu apakah bimbingan, nasihat dan saran-saranya benar-benar efektif dalam membantu peningkatan guru-gurunya.
3. Untuk percubaan melaksanakan metode baru, sebelum dilaksanakan dalam pembelajaran yang sebenarnya.

Gambar- gambar Semasa Makro Teaching :)

Tuesday 7 May 2013

Rakaman Aktiviti Pembelajaran

Pada kali ini..saya memuat naik rakaman pembelajaran yang dilaksanakan di Kelas 2B sekolah saya. Rakaman ini bertujuan bagi membuat kajian serta tindakan susulan yang perlu diambil setelah meneliti segala langkah dalam pengajaran dan suasana persekitaran dalam bilik darjah.
Saya telah merakam dua video pengajaran yang merangkumi aspek micro-teaching dan macro-teaching. micro-teaching bermaksud suatu tindakan atau kegiatan latihan belajar-mengajar dalam situasi laboratoris (Sardirman, Interaksi Motivasi Belajar Mengajar). Dimana suasana dalam suatu kelas yang mempunyai bilangan-bilangan murid sedang memberi tumpuan semasa belajar kearah guru yang mengajar mereka.




Manakala, macro-teaching pula meliputi pembelajaran yang mengambil masa yang panjang, bilangan murid yang ramai dan mengandungi langkah-langkah yang berhubungkait antara satu dengan yang lain.





Bagi panduan semua, disini saya sertakan RPH pengajaran makro yang telah dijalankan tersebut agar dapat gambaran yang jelas tentang langkah- langkah pengajaran yang telah dilaksanakan.


Rph & Refleksi Bm Kssr Thn 2

Tuesday 23 April 2013

Suatu Kajian: Pengajaran dan Pembelajaran Tahun 2

Pada kali ini, saya telah menyediakan beberapa Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah dilaksanakan di kelas Tahun 2. Segala penerangan serta langkah-langkah yang diambil semasa pengajaran di sertakan dalam blog ini. Juga disini disertakan sekali contoh lembaran kerja serta bahan-bahan pengajaran yang diperlukan semasa proses pengajaran tersebut.
Diharap segala apa yang disediakan dapat membantu para guru mendapat input yang berguna untuk kelangsungan pembelajaran yang berkesan.

Sila klik fail Scribd dibawah.


Monday 22 April 2013

pengajaran dan pembelajaran secara interaktif berkomputer ini diwujudkan untuk memberi ransangan pancaindera kepada semua murid sekaligus membantu mereka memahami isi pengajaran yang diajar oleh guru.
segala bahan yang dimuatkan di dalam blog ini adalah hasil carian dan juga daya fikiran sebagai seorang guru. semoga ianya bermanfaat kepada guru-guru dan juga murid- murid di sekolah.